Wednesday 11 January 2017

Hantar Muhd Izzat Balik Asrama..

Sekejap je da masuk tahun 2017. Maka.. naik lagi setahun la usia mama...

2hb January, berakhir lah cuti sekolah untuk anak-anak kita. Maka, aku pun kene la hantar anak lelaki ku nan seorang itu untuk pulang semula ke sarang nya.. hehehe... Kami bergerak ke Alor Gajah jam 10.30 pagi. Singgah kat rumah mak kejap sebab anak dara kenit tu tak nak ikut. Okey... best.. mama suka jugak kekadang sebab senang nak buat kerja.

Jam 11 pagi, kami gerak dari umah mak ke Alor Gajah. Dalam jam 1 petang, kami pun sampai ke maktab. Kami terus ke asrama untuk pendaftaran kembali ke asrama. Tahun ni abang kene pindah bilik top floor. Bilik BN 305, katil no 4. Kami pun bawak barang-barang mana yang mampu dulu ke bilik abang. Kali ni, bilik abang 8 orang. Pengurusan asrama tahun ni menetapkan pelajar-pelajar untuk tinggal seramai 8 orang sebilik, berbanding tahun lepas, 4 orang sebilik. Tak kisah la kan.. Yang bestnya abang dapat locker baru tahun ni.. Semangat la sikitkan nak mengemas.. Tapi x baru pun, locker tetap kene kemas.

Lepas letak barang dan pasang cadar, kami terus ke dewan, untuk settlekan pendaftaran. Yuran mama dah bayar online. So tinggal nak submit resit je. Tapi, yang sedihnya mama kene bayar untuk harga buku teks yang hilang. Untuk beberapa buah buku yang harganya less then RM15, ok la.. Tapi yang geramnya dia hilangkan buku sains IGCSE yang berharga RM140 sebuah. Nak tak nak, bayar jugak la.

Settle pendaftaran kat dewan, kami ke kedai koperasi untuk beli T-Shirt outing abang, pun hilang jugak, dan buku tulis. Siap semua, kami ke cafe untuk makan tengahari. Selesai makan, kami ke asrama semula, bawak barang-barang yang masih belum diangkut. Kali kedua panjat tangga ke top floor... kuruih mama sat... Sampai kat bilik, tolong kemas kan sikit-sikit barang abang dan turun semula untuk solat.

Dalam jam 4 petang, mama terpaksa say good bye kat abang. Tinggal la ye... Mama kene balik awal sebab 2 hari lagi nak hantar kakak pulak. Barang-barang kakak tak siap lagi. Baju kurung kakak pun x siap jahit lagi. Abang ok dah. Tak nangis dah kene tinggal. Da Form 2 la katakan... lagi pun lama tak jumpa kawan-kawan mesti banyak yang nak mereka borak kan?.. Jumpa lagi nanti.. abang jaga diri elok-elok, belajar rajin-rajin. Tahun ni nak ambik checkpoint. Byeeee....

Pesanan mama sekali lagi, dah jadi senior ni, jangan nak kacau budak-budak Form 1 yang akan masuk February nanti. Stop semua apa yang senior pernah buat kat korang. Kalau korang tak stop... budaya tu akan terus menjadi budaya tradisi. Alhamdulillah abang kata, memang dorang dari last year lagi da sepakat nak hentikan budaya tu... Mama is happy... =). Senior tak la buli ape pun. Sekadar suruh buat kerja sikit-sikit je. By right memang la tak patut. Tapi abang ni jenis positif. Tak kisah katenya buat kerja untuk senior sebab dari situ la dia dapat kenal ngan senior2 dia. Bagus la kalau abang berfikiran macam tu. Senang hati mama sebab abang faham dan tahu bawak diri.

Yang penting... anak mama tahu jaga diri, tahu matlamat kenapa dia masuk sekolah tu dan buat yang terbaik untuk diri dia! Semoga abang beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Mama suka dengar bila abang cakap abang masuk kelas tahsin sebab nak mengaji dan abang masuk program mini ulul al-bab sebab nanti dapat sijil. Walaupun sebab sijil, tapi disebaliknya abang dapat menghafaz surah-surah yang dah ditetapkan. Itu yang paling penting! Thanks abang sebab buat semua tu... =) Love you so much dear!



Pulau Pinang Kami Datang... Part 2

Lamanya masa yang ku ambil untuk tulis part 2 ni.. Cemana ni....

Hari Kedua di Pulau Pinang, kami mulakan dengan sarapan pagi di hotel. Penat semalam membuatkan kami lambat turun untuk breakfast. Kami turun masa tu da pukul 9.00 pagi. Tak pe lah. Janji breakfast masih ada.. hehehe.. Lokasi cafe hotel pulak betul-betul dekat dengan kolam mandi. So, Merah apa lagi... tetiba tak lapar.

Merah sarapan bijirin je pagi tu sebab hatinya dah termasuk dalam kolam. Tapi kami tak layan sebab kami da plan nak g jenjalan hari ni. Aktiviti kolam hanya akan dibuat esok ye dik! So, please be patient.

Lepas sarapan, kami google map ke Penang Time Tunnel Muzeum. Dekat-dekat ngan jeti je tempat ni. Disebabkan kami sampai agak awal, which is around 10.30 am and muzium pun macam baru je bukak, maka parking pun masih ada lagi la. We parked our car opposite of the muzeum, gores kad parking and go!.

Even though muzeum ni macam rumah kedai je and agak kecik, tapi menarik giler! Masuk dalam muzium tu, kami dapat knowledge tentang sejarah Pulau Pinang. Apa yang telah terjadi di Pulau Pinang, tentang kemasukan Inggeris, kemasukan jepun, tentang budaya di Pulau Pinang, masyarakat awal dan kini dan macam-macam lagi. Pendek kata, apa yang kita bayar untuk masuk ke dalam muzium tu, berbaloi! Yang penting, motif kita kene betul. Lepas tu, kami ke ruangan untuk bergambar. Tapi aku lupa la ruang tu namanya ape.. Overall, aku rase tempat ni memang best!

Our next mission is.. Wonder Food Muzeum. Lepas berpusing2 mencari tempat tu, akhirnya kami pun sampai. Masa tu da jam 12.30 tghari. So, ramai gak la orang.. Muzium ni konsepnya adalah untuk mempamerkan pelbagai jenis makanan yang ada di Malaysia, dari pelbagai bangsa, especially Melayu, Cina dan India. Bila tengok kepelbagaian makanan yang ada terasa macam tak percaya. Pernah gak dengar orang kata kat Malaysia ni orang boleh mati sebab makan... hahaha.. Entah la. No komen.

Tapi aku bangga jadi rakyat Malaysia sebab kita ada pelbagai jenis makanan yang melambangkan pelbagai jenis budaya. Cara kita makan juga berbeza-beza dan tempat di mana kita nak menikmati makanan tradisional ni juga berbeza mengikut kaum masing-masing. Kita kaya dengan budaya. At the end of the muzeum, kita akan jumpa satu patung macam kanak-kanak yang miskin, menikmati makanannya di atas lantai... masa ni rase hati tu, tersentuh sangat-sangat. Kadang-kadang dalam kerakusan kita menikmati makanan, kita terlupa ada insan yang susah untuk mendapat makanan. Kita ni kadang-kadang sampai membazir. Sedangkan mereka yang susah, kadang-kadang terpaksa mengemis atau mengutip sisa makanan orang untuk mengisi perut. =(..... Apa pun perasaannya, yang pasti, muzium ni juga merupakan salah satu tempat yang ohsem untuk kita lawati! Kami semua enjoy.

Lepas keluar dari muzium makanan tu, kami terus pergi mencari makanan sebab perut sudah minta untuk diisi. Si kenit Merah pun da buat perangai sebab lapar dan dahaga. Tu lah. tadi sibukkan kolam sangat. Dari muzium, kami just jalan kaki je untuk cari kedai makan. Niat sebelum tu nak pergi cari lokasi art street. Tapi sebab panaih lit-lit kami putuskan untuk terus ke kedai makan je. Lepak-lepak makan, rehat seketika sambil berfikir lokasi seterusnya.

Jam menunjukkan kul 3.30 petang. On the way nak ke kereta, kami lalu sebelah kedai minyak wangi. En. Hubby memang suka minyak wangi... makanya kaki kami pun menyinggah la.. Dalam setengah jam, dia dan anak-anaknya telah membuat tangkapan memasing. So, lepas tu kami terus ke kereta and cari jalan untuk ke Bukit Bendera.. yeyyyy..

Since jalan ke Bukit Bendera akan melalui Masjid Negeri, kami amik keputusan untuk berhenti berehat dan solat. Siap tidur sekejap lagi.. tapi tidur dalam kereta la... Aku pulak tak leh nak tidur walaupun penat. So tengok je lah depa tidur. Dalam setengah jam macam tu aku kejutkan mereka untuk solat. Lepas solat, kami minum kopi dulu kat dalam kawasan masjid tu. Lepas tu baru kami ke Bukit Bendera.

Sampai kat Bukit Bendera masa tu da petang sangat dah. Dalam jam 6.15 petang macam tu. Jam 6.40 ptg baru kami dapat naik tren dan sampai kat atas dalam jam 6.50 petang. Cerah lagi. Tapi tak lama... masa nak ke surau bukit bendera tu, langit da mula gelap. Tapi disebabkan cuaca mendung, tak dapat jugak nak tengok sunset.. mmmm.. mission not accomplish!. Tapi best la pemandangan waktu maghrib dan malam kat situ. Nyaman, sejuk... tengok lampu yang banyak dari atas bukit.. cantiknyaaaaa.... Kami kat situ tak lama. Dalam jam 9 malam, kami pun naik tren untuk turun semula.

Dalam kereta anak-anak merengek nak g Pesta Pulau Pinang lagi. Tapi papa tu da letih. kesian pulak. So kami decide nak g beli Mc D and balik makan di hotel. Apa pun, we really enjoyed the day. Yang penting, kami dapat spend our quality time together. Mudah-mudahan Allah memberkati kebahagian keluarga kecil ku ini... Amiin...

Tu je lah serba sedikit tentang percutian kami kali ni... Tahun depan? Tak tahu lah kemana nak pergi..