Friday 12 August 2016

Collection Untuk Baby Arissa

Assalamualaikum wbt..

Semalam, 11 August 2016 ku dan rakan-rakan kelas ku masa sekolah rendah dulu (Kelas Kuning - Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist Pelabuhan Klang) telah berjaya membuat kutipan untuk Baby Arissa. Sebenarnya, kami semua memang dari Kelas Kuning sejak Darjah 1 (1983) hingga Darjah 6 (1988). Alhamdulillah, tahun lepas setelah 27 tahun tak jumpa, kami semua telah dipertemukan semula, bermula dengan Group Whatsapp Kelas Kuning. Ku pun tak pasti siapa yang create group ni. Tapi syukur sangat-sangat sebab akhirnya kami dapat berjumpa semula dan semuanya masih saling kenal mengenali dan semuanya masih seperti dulu... Thank you Allah atas pertemuan ini.

Cerita tentang Baby Arissa. Arissa atau nama sebenarnya Nelydia Arissa merupakan anak kepada rakan kami, Dahlan Ibrahim. Baby Arissa dilahirkan pada 8.8.2015 iaitu kira-kira setahun yang lepas. Namun apa yang menyedihkan adalah Baby Arissa dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna. Menurut ayahnya, dia down sindrom dan mempunyai penyakit jantung berlubang... Allahuakbar, sedihnya kami bila Dahlan memberitahu kami akan keadaan anaknya. Waktu itu, kata Dahlan, wifenya sangat sedih dan kami semua especially kaum bonda banyak memberi sokongan pada Dahlan untuk dia kuatkan semangat dan terus memberi semangat buat isterinya.

Ibu mana tak sedihkan bila anak yang dikandung 9 bulan bila dilahirkan rupanya tak begitu sempurna dan sakit pula. Sungguh berat ujian Allah. Tapi ku percaya, Allah menguji mereka dengan apa yang mampu untuk mereka lalui. Bila lihat Baby Arissa semalam (waktu ku sampai baby tengah tido), jatuh rasa kasih dan sayang pada dia. Itu lah yang kurasakan semalam. Fizikalnya kecil, seperti bayi yang berusia 2 atau 3 bulan. Kesiannya kamu Arissa. Terpaksa lalui semua ni, sedangkan kamu tidak tahu apa-apa ='(...

Ku tanya Dahlan, memang Arissa tak membesar ke sejak dilahirkan? Kata Dahlan, baby nampak berisi selepas sebulan dua dilahirkan, tapi bila pergi ke hospital untuk check up, doktor berikan ubat tiroid pada Arissa dan sejak makan ubat tu, terus dia tak nak makan, dan fizikalnya mula menysusut. Sedihnya ku dengar. Kemudia Dahlan decide tak nak bagi baby makan ubat tu lagi dan barulah dia nampak anaknya mula hendak makan.

Tujuan kami semua buat collection ni adalah untuk bantu ringankan beban perasaan Dahlan dan keluarga. 14 August ni Arissa terpaksa dibedah disebabkan jantung berlubangnya tu. Kosnya agak tinggi, dalam RM12k, tapi disebabkan baby Arissa OKU, maka dia dapat bantuan dan Dahlan hanya perlu bayar RM3500 sahaja lagi. Jadi, kami semua decide, jika tak mampu kumpulkan RM3500 pun, berapa sahaja yang dapat dikumpul pun tak kisah lah. Sekadar nak bagi semangat pada Dahlan, dan agar dia tahu kawan-kawan sentiasa ada bersamanya.

Lagi pulak, masa Ina dapat cucu pun, dia lah yang beriya-iya nak wat collection nak bg pada cucu sulung Kelas Kuning katanya. Excited sungguh dia nak jadi Atuk Kelas Kuning.. hehehe =). So semalan, ku, Zeela dan Bahar pun pergi lah ke rumah Alan dan tak lama lepas kami sampai, datang pulak Dato' Paduka Wan Idzham. Dia ni pun classmate kami dari Darjah 1 jugak. Ni la first time aku jumpa dia selepas tahun 1988. Dia masih kenal aku lagi... hehehe... selama ni sekadar bertanya khabar je masa chat dalam grup.

Apa-apa pun, ku doakan mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan Alan dan Baby Arissa akan cepat sembuh dan sembuh selamanya. Baby Arissa kene kuat! Aunty2 & Uncle2 Kelas Kuning semua doakan yang terbaik buat Arissa. Take care dear!.... Jom layan gambar kami semalam yang sempat ku ambil.



Kami =).. Dari kiri : Bahar, En. Suamiku, Suami Zeela, Zeela & Me

Alhamdulillah, sumbangan Kelas Kuning disampaikan oleh Bahar kepada Alan =)

Me & Zeela with Baby Arissa & Muza, mummy Arissa..

Nota kaki:

Mudah-mudahan ukhuwah bekas pelajar Kelas Kuning akan terus terjalin dan lebih banyak aktiviti serta program CSR dapat kami jalankan di masa hadapan =).. 

Kredit kepada Si Tukang Jahit.. kekekekeke....


Thursday 11 August 2016

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Hari ni nak cerita tentang kelas jahitan yang ku pergi pada 6 August yang lepas. Sebenarnya da setahun dua jugak ku dok buat review blog kelas jahitan ni... hehehe... review ke? Tapi tak pergi-pergi jugak kelasnya. Sebab masa jugak kot. Sebelum tu ku sibuk ngan kelas MBA. Then after grad, anak sulung ku pulak nak ambik UPSR (2015). Mak kata, sudah2 la tu belajaq.. pikiaq anak-anak pulak... Oleh itu, hujung minggu ku dipenuhi dengan aktiviti menghantar dan mengambil anak pergi kelas tambahan dan tusyen, sambil berjalan-jalan sementara menunggu anak habis tusyen.

Eventhough this year, sorang lagi anak ku nak ambil UPSR, ku nekad nak pergi jugak kelas jahitan tu. Lagi pun sehari je kelas tu. ok la kan.. ? Selepas sesi booking kelas dan bayar wang gedeban (bak kata Mak Minah Masam-Masam Manis) dilakukan dengan jayanya, maka ku pun pergi lah ke kelas tersebut dengan cuaknya. Kenapa aku cuak??? Aku kan suka prepare cuak siap-siap, cuak dari awal... mana la tahu cikgu garang ke.. tetiba belajar tak faham-faham ke kan... hehehe.. ntah pape.

Sampai kat kelas around 8.45 am mcm tu. Tak ada student lain pun lagi. Kiranya aku telah menunjukkan kesungguhan untuk belajar pada pagi tu. Lepas semua pelajar sampai, dalam jam 9.20 pg, cikgu pun mula la mengajar. At first, dia ajar kami cara untuk baca tali pengukur. Aku pun tekun la mendengar ape yang cikgu ajar. Lepas tu, dia suruh kami bertiga belajar amik ukuran badan. Aku ukur badan kawan, kawan ukur badan kawan lagi satu, dan kawan lagi satu ukur badan aku. Masa tu fefeeling jadi Tukang Jahit sekejap..

Selesai ambil ukuran, cikgu ukur badan kami sekali lagi bagi memastikan ukuran yang diambil adalah betul. Kang tak pasal-pasal baju ku dari saiz M bertukar ke saiz XL pulak kan... Dari ukuran tu, kami diajar pula cara untuk buat pola.. Teknik yang cikgu ajar ni nampak seakan lebih senang dan mudah. Tak la aku terkial-kial nak melukis. Siap lukis, cikgu check & aku pun potong pola tersebut, sebelum memindahkannya ke atas kain.. Finally, kami pun potong kain yang cikgu bagi (boleh jugak nak bawak sendiri) and start main cantum-cantum kain tu sampai jadi baju... Oh ya!... baru teringat. Hari ni jugak first time aku berkenalan dengan PIN LANGGAR LARI.. unik namanya kan... but don't worry... U don't need to lodge a police report even though u da langgar pin tersebut & lari... hahahahha...

Dipendekkan cerita ada 5 ilmu baru yang ku belajar hari ni.

  1. Cara baca pita pengukur dengan betul yang nampaknya lebih mudah untuk kita buat pola. Selama ni ku tak heran sangat bab ni.
  2. Teknik lukis pola.
  3. Cara untuk pastikan pola tangan kita tu betul ukurannya dan ngam pada tangan di bahagian badan baju. So, menjahit nanti pun tak de la isu macam lekuk pangkal lengan tu terlebih panjang.
  4. Cara jahit zip sorok (cara cikgu).
  5. Cara sambung tangan pada bahagian badan (senang jugak cara ni. Lebih mudah, especially untuk baju kanak-kanak).
So, sesiapa yang nak belajar menjahit boleh la belajar ngan Cikgu Yanti @ Florabeadz Academy. Yurannya pun tak la mahal sangat. Standard la harganya. Come on.. kata nak jadi Tukang Jahit kan... kata ku pada diri sendiri.. hehehe...
  

Maka, terhasil la sepasang Jubah Princess Cut minggu lepas... Jom layan beberapa keping gambar kat bawah ni =)



Eh.. yang tu bukan saya ye... :)  
Credit to : Florabeadz Academy.



Ni la dia pin langgar lari... nak kene carik ni...
Credit to : Fb Tapak Mesin Jahit


Ni la baju yang terhasil minggu lepas.... Jubah Princess Cut .. cantik tak ? =)

Nota kaki: 

Sila abaikan hujung tangan dan hujung jubah tu ye. Cikgu suh ku balik jahit di rumah sebab ku tak biasa pakai mesin jahit lemah lembut kepunyaan cikgu tu... Kesian katenye tengok ku terkial-kial menjahit. Maklum la.. kat umah da biasa pakai mesin jahit yang laju macam ETS... ETS la sangat kannnnnnn..... muahahahha....



Wednesday 10 August 2016

Demam Pokemon Go

Sana sini ku nampak orang post pasal Pokemon Go ni. Dengarnya baru di lancarkan di Malaysia either 6th or 7th August yang lepas. And viral sana-sini orang asyik dengan game baru ni. Best sangat ke? Entah.. ku bukan jenis yang suka dengan katun Pokemon ni.. apatah lagi game nya... Buat masa ni la... masa akan datang, tak tahu lah.. harapnye tak lah...

Tak berani nak cakap sangat sebab macam Angry Bird.. memula game tu keluar ku rase macam ntah ape2.. sana-sini orang sibuk main game angry bird. Lama tu, baru ku cuba-cuba main gamenye. Tapi tak g jauh pun.. Akan tetapi, selepas menonton Angry Bird the Movie, ku terus suka Angry Bird.. hahaha.. Kenapa? Sebab dalam movie tu baru ku tahu kisah kenapa burung merah tu di panggil Angry Bird. Best jalan ceritanya. Ada mesej yang hendak disampaikan di dalam filem tu. But for this Pokemon, I hope, I will not like it forever...

Yesterday, masa tengah-tengah scroll my FB, nampak berita tentang satu kemalangan yang terjadi di luar negara. Punya dok sibuk mencari Pikachu kauuuu... haaa... sampai accident... So, ape yang korang rasa? Ku pulak, yang ku nampak, game ni boleh memudaratkan masyarakat. Kenyataan sejauh mana game ni boleh membongkarkan rahsia sulit kerajaan atau yang seangkatan dengannya tu ku tak pasti la kan... Mungkin ade betulnya jugak. Silap-silap haribulan, dalam kesibukan mencari Pokemon tu, terjumpa pulak dokumen sulit yang encik suami sorokkan.. Apakah?... haaaa.....

Sejak game ni di lancarkan timbul macam-macam isu perdebatan. Salah satu artikel yang ku baca kat one of laman socialtainment kegemarana ku adalah tentang fatwa yang dikeluarkan terhadap permainan ni. Haram bermain Pokemon Go. Ada orang setuju, ada orang tak setuju. I have no comment on that or let it be as my personal comment only.

For me, nak buat ape pun, fikir la kesannya jugak. Banyak lagi game yang kita boleh main, yang tak memudaratkan masyarakat. Contohnya game Candy Crush... hahaha.. kan?.. Mana ade susah payah kite nak kene berjalan cari kat mana candy-candy tu menyorok... betul ke betul? Entah la... fikir sebelum bertindak sebab Allah da bagi kita akal dan fikiran untuk kita nilaikan setiap tindak tanduk yang bakal diambil. Jangan fikir nak seronok je, okey?...

Eh.. ape kene mengena Pokemon ngan Tukang Jahit ni?.. Haha... it is just what i am thinking of today.. =)



boleh baca berita selanjutnya kat address whatsupic.com tu ye.. =)



haaa.... tengok tu sampai majikan bagi notis la sebab staff dok leka cari kat mana Pokemon menyorok

Tuesday 9 August 2016

Salam Perkenalan

Salam perkenalan...

So today is my first day and my first time I come out with a blog. My blog.
I was so xcited... tp tu lah banyak bende yang nak kene belajar. But yang ku tengah stress sekarang ni adalah, how am I going to change the languange.. hurmmm... letih mak.... hahaha... tu pun nak letih.

Ekceli ku memang suka menjahit. Tapi tak de la menjahit sangat pun. Just make my own baju kurung, jubah, baju kurung and jubah for anak-anak, as well as for my mum. My mum is quite 'cerewet' bila mai bab baju ni. Dedulu, masa zaman mak masih muda belia (thehehehe...) mak is Tukang Jahit. Ku is kagum with her sebab, mak tak pernah belajar menjahit secara formal pun. Mak belajar daripada observation mak sendiri. Dia tengok baju-baju yang ada dan cuba buat sendiri. According tu mak, she came from a very poor family. Arwah Tok mana la ada duit nak beli baju. So do arwah Tok Wan. Tambahan pulak arwah Tok Wan sakit. So kerja mencari rezeki memang menjadi tugas arwah Tok... Jadi sejauh mana lah kemampuannya kan. Sekadar dapat beli bahan nak di masak untuk makan dah cukup baik dah kata mak.. Nak beli baju baru? Susah la.. So, mak kumpul duit sekolah (kalau dapat duit lah..), beli kain dan buat baju mak dan adik-adik mak sendiri..

Bila mummy ku menjahit, ku suka tengok. Ni betul-betul punya ku bagi perhatian pada bab-bab menjahit sebab ku bukan duduk tepi mak and tengok. But, ku duduk atas mesin jahit terus. Nampak kan, bagaimana bersungguh-sungguhnya minat tu di tunjukkan. Mak kata, susahnye lah nak menjahit ngan hang ni.... hehehe... tapi ok pe,,, bakat mak tu skang ni da turun kat anak pompuan mak nan seorang ni... and now, bila mak dah tua, da tak leh nak menjahit, mata pun da rabun tahap memang tak seswai dah nk pegang jarum, gunting, benang & mesin, ku la jadi tukang jahit untuk mak. Mak pun cakap dia hanya selesa pakai baju yang dijahit oleh anak pompuan tunggalnya ni and sorang lagi adik mak.. Tapi my aunty duduk jauh la pulak, kat Aloq Staq sana nu... Bila da tukang jahit kata die selesa ngan hasil kerjaku... ku pun makin bersemangat... ecehceh.. kwan-kawan pun ada mintak ku jahitkan baju mereka.. but, ku tak konpiden... tu la masalah problemnye sekarang.. My hubby kate, "YOU CAN DO IT!". Ek? boleh ek?

Bila tengok satu-satu blog pasal menjahit, pasal pola, pasal fesyen.. wahhh mula lah... I want to do this.. I want to do this... oo.. senang rupanya buat baju ni.. oo.. cantiknya.. boleh try ni... nampak kan semangatnye tu cemana... end up I ke mana... want ke mana... hahahah... tp tak apa.. ku pernah amik kursus menjahit. Basic tu dah ada. Tinggal lagi nak tajamkan skill yang ada. Minat pun da ada, bakat pun mm... boleh la... ada kowttt...

So, now, ku kene cari kelas menjahit kalau serius nak terjun dalam bidang ni. Umur bukan penghalang... walau da hampir2 nak tua, tapi kite kene always THINK POSITIVE! THINK YOUNG! But kali ni ku perlu focus pada kursus intensif 1 hari and pilih fesyen ape yang ku rase ku nak kene belajar. Why 1 day? Sebab tanak g kelas 2, 3 hari just untuk buat 1 jenis baju je. It is such a waste of time. Kan ku dah cakap... umo ku ni da hampir-hampir nak tua.. kekekeke.... Lagi pun sekarang ni da ramai tecer2 dan sifu2 bidang jahitan yang sangat2 hebat dan dapat bantu kita yang nak belajar menjahit ni jadi pandai menjahit in just 1 day. Tak percaya? WAJIB kene percaya hokey!

Belajar tu tak susah selagi kita ada kemahuan. Kan? Yang penting semangat kene kuat. Hati kene kental. So..... after this I akan update pengalaman ku ke kelas jahitan pada 6 August yang lepas.. Baju ape yang ku buat? Kat mana ku g belajar? Tungguuuuu.... Sorry terpanjang plak cerita.. xcited la katakan...=)


Ini lah saya..... :)