Friday 12 August 2016

Collection Untuk Baby Arissa

Assalamualaikum wbt..

Semalam, 11 August 2016 ku dan rakan-rakan kelas ku masa sekolah rendah dulu (Kelas Kuning - Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist Pelabuhan Klang) telah berjaya membuat kutipan untuk Baby Arissa. Sebenarnya, kami semua memang dari Kelas Kuning sejak Darjah 1 (1983) hingga Darjah 6 (1988). Alhamdulillah, tahun lepas setelah 27 tahun tak jumpa, kami semua telah dipertemukan semula, bermula dengan Group Whatsapp Kelas Kuning. Ku pun tak pasti siapa yang create group ni. Tapi syukur sangat-sangat sebab akhirnya kami dapat berjumpa semula dan semuanya masih saling kenal mengenali dan semuanya masih seperti dulu... Thank you Allah atas pertemuan ini.

Cerita tentang Baby Arissa. Arissa atau nama sebenarnya Nelydia Arissa merupakan anak kepada rakan kami, Dahlan Ibrahim. Baby Arissa dilahirkan pada 8.8.2015 iaitu kira-kira setahun yang lepas. Namun apa yang menyedihkan adalah Baby Arissa dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna. Menurut ayahnya, dia down sindrom dan mempunyai penyakit jantung berlubang... Allahuakbar, sedihnya kami bila Dahlan memberitahu kami akan keadaan anaknya. Waktu itu, kata Dahlan, wifenya sangat sedih dan kami semua especially kaum bonda banyak memberi sokongan pada Dahlan untuk dia kuatkan semangat dan terus memberi semangat buat isterinya.

Ibu mana tak sedihkan bila anak yang dikandung 9 bulan bila dilahirkan rupanya tak begitu sempurna dan sakit pula. Sungguh berat ujian Allah. Tapi ku percaya, Allah menguji mereka dengan apa yang mampu untuk mereka lalui. Bila lihat Baby Arissa semalam (waktu ku sampai baby tengah tido), jatuh rasa kasih dan sayang pada dia. Itu lah yang kurasakan semalam. Fizikalnya kecil, seperti bayi yang berusia 2 atau 3 bulan. Kesiannya kamu Arissa. Terpaksa lalui semua ni, sedangkan kamu tidak tahu apa-apa ='(...

Ku tanya Dahlan, memang Arissa tak membesar ke sejak dilahirkan? Kata Dahlan, baby nampak berisi selepas sebulan dua dilahirkan, tapi bila pergi ke hospital untuk check up, doktor berikan ubat tiroid pada Arissa dan sejak makan ubat tu, terus dia tak nak makan, dan fizikalnya mula menysusut. Sedihnya ku dengar. Kemudia Dahlan decide tak nak bagi baby makan ubat tu lagi dan barulah dia nampak anaknya mula hendak makan.

Tujuan kami semua buat collection ni adalah untuk bantu ringankan beban perasaan Dahlan dan keluarga. 14 August ni Arissa terpaksa dibedah disebabkan jantung berlubangnya tu. Kosnya agak tinggi, dalam RM12k, tapi disebabkan baby Arissa OKU, maka dia dapat bantuan dan Dahlan hanya perlu bayar RM3500 sahaja lagi. Jadi, kami semua decide, jika tak mampu kumpulkan RM3500 pun, berapa sahaja yang dapat dikumpul pun tak kisah lah. Sekadar nak bagi semangat pada Dahlan, dan agar dia tahu kawan-kawan sentiasa ada bersamanya.

Lagi pulak, masa Ina dapat cucu pun, dia lah yang beriya-iya nak wat collection nak bg pada cucu sulung Kelas Kuning katanya. Excited sungguh dia nak jadi Atuk Kelas Kuning.. hehehe =). So semalan, ku, Zeela dan Bahar pun pergi lah ke rumah Alan dan tak lama lepas kami sampai, datang pulak Dato' Paduka Wan Idzham. Dia ni pun classmate kami dari Darjah 1 jugak. Ni la first time aku jumpa dia selepas tahun 1988. Dia masih kenal aku lagi... hehehe... selama ni sekadar bertanya khabar je masa chat dalam grup.

Apa-apa pun, ku doakan mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan Alan dan Baby Arissa akan cepat sembuh dan sembuh selamanya. Baby Arissa kene kuat! Aunty2 & Uncle2 Kelas Kuning semua doakan yang terbaik buat Arissa. Take care dear!.... Jom layan gambar kami semalam yang sempat ku ambil.



Kami =).. Dari kiri : Bahar, En. Suamiku, Suami Zeela, Zeela & Me

Alhamdulillah, sumbangan Kelas Kuning disampaikan oleh Bahar kepada Alan =)

Me & Zeela with Baby Arissa & Muza, mummy Arissa..

Nota kaki:

Mudah-mudahan ukhuwah bekas pelajar Kelas Kuning akan terus terjalin dan lebih banyak aktiviti serta program CSR dapat kami jalankan di masa hadapan =).. 

Kredit kepada Si Tukang Jahit.. kekekekeke....


No comments:

Post a Comment