Thursday 22 December 2016

Pulau Pinang kami datang.... Part 1

Ni pun campak belakang jugak sebenarnya... tehehehe....

Day 1

Kisahnya, plan nak ke Pulau Pinang ni lama dah aku rancang. Since August hari tu kot. Kunun-kununnya as a gift sebab penat dah setahun ni menguruskan budak2 sekolah, kakak ngan UPSR nya & abang ngn perihal melawat dia kat asrama.

Pejam celik.. pejam celik.. tiba lah tarikh 12 Disember 2016. Dengan berbekalkan sebuah bakul berisi makanan ala-ala nk p picnic dan 2 buah beg (ecehcehhhh....) kami pun gerak dari rumah selepas solat subuh pagi tu. Dalam kul 6.30 pagi macam tu lah. Kami singgah beberapa hentian.. sebab nak g toilet.. sebab makan dan most of it tujuannya adalah nak ke toilet... da macam nek ketapi tanah melayu pulak. Berhenti hampir di semua station.. hurrmmm...

Around 12.30 tghari kami pun tiba la kat tempat nak naik feri... kereta masa tu daripada tak banyak, da beratur panjang macam gerabak keretapi. Yang lepas masuk pintu ke feri beberapa bijik kereta je agaknya sebab kami beratur (of course dengan kereta sekali.. tidak la beratur berdiri dan kereta di tinggalkan.. huhuhuhu) almost 2 jam! Sampai Encik Suami kata, this is the last! No more ferry after this...

Ni semua SALAH FERI! hahahahha.. boleh?

Sampai kat Penang dalam jam 3 petang, kami terus gerak ke hotel. As usual kami menginap di Rainbow Paradise Hotel di Tanjung Bungah. Just in front of the beach. Kul 4 petang kami da masuk bilik dah. Tingkat 24! Paling tinggi dulu aku pernah duduk quarters tingkat 5 je. Gayatnye Allah je tahu.. tetiba rase kaki macam tak jejak tanah.. eh.. x jejak lantai. Risau anak2 je, especially Merah. So, terus terang ku beritahu anak-anak, jangan duduk kat balcony. Bahaya. And Alhamdulillah, Merah obeyed to the instruction and behave.

So, petang tu kami just lepak kat hotel (da petang sangat pun). Get a rest for a while. After Maghrib, kami pun mulakan xtvt pertama... PESTA PULAU PINANG.. yeyyyy!!!

Kenapa aku nak pergi pesta? First sebab masa kecik-kecik dulu selalu g pesta bila abah bawak kami bermalam kat rumah Mak Su. Second is because anak-anak tak pernah merasa suasana di pesta. Apa itu pesta pun dorang tak tahu. They totally don't have an idea about "PESTA". Alhamdulillah, sampai kat sana kami senang dapat parking. Nak masuk ke pesta kene bayar RM 3 untuk dewasa and RM 1 untuk kanak-kanak 7 - 12 tahun. Merah masuk free lah sebab she is just 5 years old. Another 1 more year to enter for free hehe.. So I paid in total for RM 13 malam tu.

Masuk je... wahhh.. cantiknya lampu-lampu kat situ.. warna-warni and suasana jadi terang benderang. Kami tak la mejenguk dari satu gerai ke satu gerai. We just have a walk there, tgok ada banyak gerai jual baju, karpet, barangan handphone, kasut dan sebagainya. Then kami ke tapak taman tema. Ada banyak gerai mainan yang pada aku ala-ala judi sebab kita memperjudikan nasip untuk dapat gift dari kedai tu.. mmm... then ada banyak jugak mainan seperti roller coaster tu. Merah?? of course dia teruja. Yang mana dia teringin je, dia mula la tarik tangan mama.

The point is... aku bukan tak nak penuhi permintaan dia sebab nak jimat duit. But.. aku tak nak ajar anak aku tu membazir. Bukan murah hokkey nak main setiap permainan tu. Wat hape nak buang duit untuk benda-benda macam tu. Plus, sekali aku bagi dia peluang, sure after this dia akan nak naik lagi kat mana-mana and if aku tak bagi dia akan persoalkan.. "KENAPA HARI TU BOLEH?". Merah ni cerdik and sometime we all speechless dengan dia.

Menariknya (bagi kami lah).. pengalaman pertama makan Dragon Cookies. Ape tu? Sejenis cookies yang telah di masukkan gas nitrogen di dalamnya dan bila makan tu.. mulut kami leh keluar asap... best jugak nak cuba. Tapi baru-baru ni (selepas seminggu kami try dragon cookies) viral pulak orang makan biskut bernitrogen ni, melecur tapak tangan.. mulut... Mengikut sumber, tak ada masalah nak gunakan nitrogen dalam penyediaaan makanan. The point is, peniaga perlu faham yang mereka perlu pastikan keseluruhan cecair nitrogen yang digunakan tu, meruwap sepenuhnya terlebih dahulu untuk mengelakkan tangan dari melecur apabila menyentuh gas ini. Sebab, cecair ni mempunyai suhu -196͒. Gas Nitrogen memang digunakan dalam proses pembekuan. Kami pernah tengok demo di Petrosains KL, sebiji pisang dicelup ke dalam cecair nitrogen. Bila dikeluarkan, pisang tersebut keras dan boleh di patahnya (nampak macam rapuh). Cuba bayangkan kalau kita celup tangan kita??? Errggghhh.. takut aih nak bayang kan... hehe...

Nak tahuserba sedikit tentagn gas ni cuba klick link ni : Nitrogen

Dah penat pusing-pusing, tiba masa nak isi perut. Discuss punya discuss, we decided untuk makan kat gerai makanan di tapak pesta je. Sebab malas nak pusing-pusing cari lagi. Nak beratur kat Nasi Kandar Beratur Jalan Masjid Kapitan Keling tu.. rase macam tak sanggup pulak... So makan kat situ je. Dari segi harga... quite expensive la untuk laksa satu mangkuk kecik RM 4.50. Tapi bedal je lah.. So total aku bayar untuk makan RM41 untuk 5 orang. Tak tahu nak cakap mahal ke tak.

After makan, kami pun balik ke bilik.. sok sek.. sok sek kat bilik.. nak tidur tak tidur2 jugak.. last3 around 3 am agaknya baru semua orang terpadam seperti terpadamnya lampu... hahha... padahal badan letih tu... but we really enjoy our day today. Esok nak ke mana? Nanti aku cerita lagi .... =)


No comments:

Post a Comment