Friday 16 December 2016

Pelangi Kurniaan Allah...

Dah lama aku tak post apa-apa kat blog ni. Bukan malas. Tapi tak de kesempatan nak tulis. Kisah banyak je. Banyak benda yang aku buat sepanjang September, October dan November. Tapi ke'busy'an bermula bila kakak sat for her UPSR, then continued with PSRA. Lepas tu busy settlekan tempahan baju kelas abang pulak. And after that dia pulak sat for his final exam. Habis je exam, terus balik rumah for the Semester break.

Now everything is over. Everybody is at home now. Kakak pun dah dapat result UPSR dia. Not only that, dia pun da selesai menghadapi temuduga dia untuk kemasukan SBP, MRSM dan MITS. Alhamdulillah. Walaupun resultnya tersasar dari apa yang kami harapkan whereby dia hanya dapat 4As and 2Bs, tapi mama sangat bangga dengan kakak. Mama nampak usaha gigih kakak. It is really different dengan abang, sampai mama takut tengok kesungguhan kakak tu. Kadang-kadang mama terfikir... kakak tak penat ke? hari-hari pagi pergi sekolah, balik sekolah kebangsaan, pergi sekolah agama, sambung kelas tambahan sampai kul 6.30 petang. Sampai rumah da nak maghrib, siap2 pergi kelas malam kat sekolah, kadang-kadang tusyen, pastu nak siapkan kerja sekolah lagi.

Sabtu pagi kakak ada kelas tambahan kat sekolah from 8 am - 11.30 am, then balik terus pergi tusyen kat Shah Alam from 1 pm - 5 pm. Malam siapkan kerja sekolah yang melambak-lambak then esok pagi kelas BI kat sekolah sejam, sambung kelas BI kat rumah 2 jam, sambung plak tusyen lagi. I am really proud with your effort kakak! Mama nampak progress kakak dari hanya 2A dengan Maths D, Sains C, BI pun mampu C atau kadang-kadang baik sikit dapat B, Kakak mampu dapat Sains A dan Maths B dan pernah jugak dapat A!. Dari situ mama tahu yang kakak sebenarnya boleh dan pandai. cuma kakak kene usaha lebih.

PSRA, syukur.. kakak berjaya kekalkan MUMTAZ. Tahniah kakak for your UPSR and PSRA. walaupun kakak dapat 2B, tak bermakna kakak gagal. Kalau soalannya sama standard seperti tahun sebelum-sebelum ni, mama yakin kakak boleh capai 6A tu. Tapi malangnya, soalan tahun ni memang teruk. Kalau tak, tak adalah jumlah budah dapat straight A menjunam jatuh dari jumlah 38k kepada HANYA 4k+ je yang dapat straight A.

Walaupun mama dan papa penat uruskan sekolah kakak hari-hari, tapi kami rasa berbaloi dengan usaha dan pencapaian kakak. Thanks kakak! Walaupun kakak sedih bila result diumumkan, kakak menangis semahu-mahunya dan kakak mintak maaf sebab tak dapat capai 6A, mama langsung tak terkilan. Mama yakin, Allah da rancang yang terbaik untuk kakak.

Seminggu dua lepas UPSR diumumkan, kakak dapat keputusan application ke MRSM. Kakak layak untuk menduduki UKKM. Alhamdulillah... syukur... lepas tu, dapat lagi tawaran temuduga kat MITS... dan sekali, 3 hari sebelum tarikh 5 Disember, mama dapat call dari Sekolah Menengah Sains Rembau, Sekolah Berasrama Penuh yang kita apply lepas kakak habis UPSR hari tu... panggil kakak untuk temuduga jugak...

Tu lah rezeki namanya... Mula-mula Allah berikan kita cahaya.. kemudian, dia turunkan kita hujan... puas kita mencari cahaya yang hilang tu... rupa-rupanya Allah nak bagi kita PELANGI.. 3 tawaran temuduga. Tinggal lagi kakak nak usaha je untuk tempatkan diri kakak di salah sebuah sekolah tersebut. Mama dah tak kisah dah. Asalkan kakak boleh dapat salah sebuah dari sekolah yang panggil kakak untuk temuduga. Mama doa pada Allah semoga Allah tempatkan kakak di mana-mana sekolah yang terbaik untuk kakak.

Teruskan usaha ya! Mama yakin, rezeki kita bukan pada tangan manusia. Rezeki kita hanya pada Allah je. Jadi, usaha dan terus usaha... dan yang penting, yakin pada Dia, mintak pada Dia. Thank you Allah for all that you have gave to me and my family...

No comments:

Post a Comment