Saturday 3 September 2016

Campak Belakang ~ #THROWBACK

Saja nak throwback kejadian bulan August yang lepas..
Nak sisipkannya dalam lipatan sejarah... hehe..

12 August 2016

Hari ni Abang balik dari asrama - PB. Mama g ambik dia kat UniKL Bangi sebab dia tumpang bff Mama, Aunty Nizza yang anaknya pun sekolah sama dengan Abang. Kak Dini Amirah. 13 August pulak adalah hari jadi Mama.. Yeyy.. selamat menyambut hari tua setahun lagi Mama! Kali ni, Papa celebrate besday Mama kat Kenny Rogers Bukit Tinggi. Kek.. macam biasa, kami buat sendiri. Dan kek yang menjadi favourite kami tentulah CHEESE CAKE. Tapi kek kita makan kat rumah ye =)

Tak de la mewah pun restoran tu kan, tapi pada kami ianya tetap mewah tambah pulak sebab kami berkumpul 1 family. Masa besday Papa 15 Julai lepas, kitorang buat makan-makan family sebab masa tu masih bulan raya. Tapi, walaupun ramai, pada kami ianya sekadar berkumpul untuk makan-makan keluarga besar kami je. Besday celebration kali ni, walau pun hanya kami 5 orang, tapi ianya amat bermakna bila kita sambut dengan anak-anak kita, cukup 1 family. Papa kata, ni celebrate besday Mama ngan Papa skali. Tak meriah ke kalau esoknya Huda Humaira cakap "Best kan Mama semalam masa hari jadi Mama kita pergi makan kat situ. Jom kita pergi lagi nak?"... Haa.. best la tu maknanya...

We... Kenny Rogers... Merah tu kenapa ntah ....
Oo... Merah nak duduk kat Mama.. tu dia da senyum dah... =)

31 August 2016..

Mama da janji nak pergi kat Abang 31 August 2016. Tapi 5 hari lepas, abang demam. Teruk jugak dia demam. Lepas g hospital malam yang dia demam teruk tu, abang kata dia rase ok. Tapi pastu demamnya on off semula sampai la sehari sebelum Mama datang, baru la dia betul-betul baik dari demam. Tinggal lagi batuk je belum hilang. Lega Mama.. tapi dia pula ksibuk nak balik.

Berbalik pada kesah kami g outing. As scheduled, kami gerak dari Pulau Indah ke Alor Gajah jam 9.20 pagi. Kami sampai ke maktab tepat jam 11.40 pagi (lambat sikit sebab singgah umah Nizza, amik barang2 Dini). Dari maktab, kami terus ke Taman Botanikal Ayer Keroh. Cari port nak makan tengahari dulu. Kami bawak bekal. Papa masak sambal sotong dan sup cendawan pagi tadi. So, itu lah juadah kami tengahari tu. Tujuan kami bawak bekal, sebab nak bagi Abang makan makanan yang di masak oleh Mama atau Papa dia. Hari-hari dok makan nasik ngan lauk dewan makan asrama kan. 

Lepas makan, kami park kereta kat parking lot and pergi cari basikal kat kaunter sewaan basikal. Sebuah basikal RM5 dan kami boleh guna less then 2 hours. Ok la tu. Murah. Tapi bicycle condition... aku bagi 1 bintang je dari 5 bintang. Dorang kene sediakan basikal yang lebih baik dari yang sedia ada. Mountain bike pun bagus jugak sebab keadaan dalam taman tu yang berbukit-bukit.. letih wehhhh nak mengayuh. Last-last ada tempat-tempat yang aku tolak je basikal tu.. tak laray mak nak kayuh! Selain basikal, boleh jugak nak naik Buggy pandu sendiri. Tak nak lah sebab tujuan asal memang nak nek basikal. 

Selain dari tu, ujuan kami ke situ jugak adalah nak tolong Kakak release.. UPSR kan lagi beberapa hari je masa tu. Lagi 5 hari. Kesian kat dia ku tengok bertungkus lumus pergi kelas tambahan, kelas malam, tuisyen lagi. Kesian. Jadi, ku ajak dia ikut g ke melaka untuk bawak Abang outing. Memang biasanya kalo kami ziarah abang, kami akan bawak dia keluar. Asik dok dalam maktab je, mesti la bosan kan. Kawan-kawan dia tetiap minggu keluar outing ngan family. Macam kami ni tak mampu nak pergi tetiap minggu. Dengan kos perjalanan lagi, masa lagi. Hurmmm.... Bila keluar outing, wat aktiviti keluarga, jalan-jalan ngan family, Abang pun happy la kan dapat bersama-sama family dia. 

Lepas penat berbasikal, kami ke Pantai Klebang sebab kakak nak minum coconut shake. Sebenarnya ada satu tempat dekat dengan Pantai Klebang tu yang jual coconut shake yang sangatttttt.... sedap. Tu yang original aku rase. Tapi sebab nak jimatkan masa (kami kene hantar Abang balik ke maktab sebelum pukul 6 petang. Masa tu da pukul 3 petang), kami beli kat tepi Pantai Klebang tu je. Out. Tak sedap macam kat tempat yang selalu ku beli tu. Lain kali tak nak beli kat situ dah.

Jam 4.30 petang, kami pun gerak dari Pantai Klebang ke Alor Gajah. Singgah kat pekan Alor Gajah sebab Nizza kirim belikan KFC kat anak dia. So alang-alang beli untuk Dini, belikan jugak untuk Abang, buat bekalan dia malam tu. Kul 5.55 petang baru kami sampai ke maktab semula. Fuhh.... 5 minit lagi nak pukul 6. Nasib baik sempat. Kalo lambat, Abang akan dikenekan denda... jadi TAHANAN MAKTAB.. maksudnya, masa PB pilihan nanti dia tak boleh balik.. kan kesian kat dia tu... hehehe... 

Lepas hantar Abang dan bagi barang-barang Dini, (masa tu lebih kurang jam 6.15 petang), kami pun bergerak untuk balik ke rumah semula.. Selamat tinggal Abang, jaga diri baik-baik.. belajar sungguh-sungguh. Minggu depan kita jumpa lagi sebab Abang akan balik bercuti sempena cuti semester... =). Byeeee......


Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka
Baru lepas berbasikal.. Orang kecik tu MEMBONCENG je,,,tapi muka ber'iye' letih hehe..


Friday 2 September 2016

Merdeka!.. Merdeka!.. Merdeka!..

2 hari lepas, 31 Ogos 2016 negara kita telah sekali lagi menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke 59 (1957 - 2016). Aku pulak sejak tahu tentang sambutan hari merdeka ni (rasenya masa umur 8 tahun baru aku tahu kenapa kita sambut merdeka), masuk tahun ni da 32 kali sambut merdeka.

Sambutan merdeka pada ku masa zaman sekolah rendah dulu adalah, cuti sekolah, duduk depan TV, tengok perbarisan dan cerita kanak-kanak yang sangat popular masa tu... Persidangan Dewan Rakyat versi kanak-kanak. Pastu tunggu la kot-kot ada cerita Darah Satria ke.. Sarjan Hassan ke.. Bukit Kepong ke... hehehe. Masa kat U dulu pulak, masa yang ku tunggu adalah malam Merdeka. Nanti boleh tengok perarakan motor dari student-student sambil bawak bendera Malaysia, diketuai oleh kereta dan motor-motor Pak Guard. Happeninggggg sangatttt..... terasa patriotik la jugak masa tu. And the best part is, esoknya cuti, x de kuliah... yahooo.... kalo weekend, boleh balik rumah.... wee......

As times flies.. Merdeka tetaplah Merdeka dan aku pun tetap mendoakan Malaysia akan terus Merdeka. But semalam, bila bukak Harian Metro, adalah beberapa berita yang agak menyentuh hati ku dan buat aku tertanya-tanya... Merdeka kah kita dalam erti kata sebenar? Di Johor Baharu, 'Parti Lalok' telah dianjurkan oleh golongan remaja yang berusia antara 14 hingga 24 tahun yang melibatkan 51 remaja lelaki dan 21 remaja perempuan.

Petikan akhbar tersebut juga ada menyatakan bahawa terdapat 9 individu yang mana 5 daripadanya adalah remaja perempuan yang kesemuanya berusia bawah 18 tahun dan masih lagi bersekolah. Turut dilaporkan daripada 35 remaja lelaki yang ditahan atas sebab positif pelbagai jenis dadah, 4 daripadanya adalah remaja di bawah umur. Tak ketinggalan, 10 remaja perempuan turut didapati positif pelbagai jenis dadah dan 4 orang daripadanya juga merupakan remaja di bawah umur.

Masih di Johor Baharu juga, selain daripada Pesta Lalok tersebut, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor turut menjalankan operasi 'Ops Ambang' pada malam merdeka di hotel-hotel bajet sekitar Masai dan Seri Alam. Hasil daripada operasi tersebut 7 pasangan telah berjaya dicekup atas kesalahan berkhalwat.

Di Port Dickson pula, 11 pasangan kekasih ditangkap berkhalwat di tepi pantai dan di hotel-hotel bajet oleh petugas-petugas Jabatan Agama Islam Port Dickson dan mereka ini di hantar ke masjid berhampiran untuk melakukan solat taubat. Satu tindakan yang ku kira bagus tapi perlu disusuli dengan program susulan untuk memastikan mereka yang terlibat benar-benar insaf dan menjauhi maksiat sepenuhnya.

Jadi tertanya-tanya aku sendiri, merdeka kah kita? Apa erti kemerdekaan bagi mereka sebenarnya? Tahu tak mereka yang perjalanan hidup meraka, jika panjang umur, adalah masih panjang dan jauh lagi? Tak sayang kah mereka pada kedua orang tua mereka?

Ku sendiri pada hari kemerdekaan telah pergi ke Melaka kerana nak ziarah anakku di Alor Gajah. Sepanjang perjalanan, berpuluh-puluh atau mungkin jugak ratusan biji motor sedang berkonvoi, entah nak ke mana. Dari Alor Gajah, kami ke Ayer Keroh. Bila berhenti di Stesen Petronas Ayer Keroh, jumpa lagi sekumpulan motor besaq kecik semua ada, dok relax kat petrol station.. melepaskan penat menunggang dan membonceng. Lelaki dan perempuan.. Merdeka sangat... mungkin itu cara bagaimana mereka menyambut ulangtahun kemerdekaan. And finally, malam tu dalam perjalanan pulang ke rumah, tak jauh dari Plaza Tol Seremban, kulihat, seorang penunggang motosikal, mangsa kemalangan, dah siap dibalut dengan kain putih ditepi jalan dengan payung diletakkan dibahagian kepala mayat tersebut... sedihnya.... ='(  I am very sure yang mangsa adalah berbangsa MELAYU.

Apa pun, aku berharap dan mohon pada Allah swt, mudah-mudahan anak-anak ku semua tidak mengikut cara seperti belia-belia hari ni menyambut merdeka, bila mereka dewasa kelak. Mudah-mudahan anak-anak ku membesar menjadi manusia yang tahu erti kemerdekaan sebenar dan yang paling penting meraka jauhi diri mereka dari perkara yang sia-sia dan tahu menghargai mama dan papa mereka yang susah payah menjaga dan mendidik mereka dari kecik hingga besar. 

Ya.. aku sentiasa ingatkan diri ku akan ayat ini "ANAK KITA BELUM TENTU BAIK" tapi aku akan didik mereka sebaiknya. Biasanya kami as a parent selalu tunjukkan realiti kehidupan pada anak-anak walau mereka masih kecil. Kami suka gunakan pendekatan kesan dan akibat dalam mendidik anak-anak agar mereka faham why they should do and why they should not do. Adakalanya jika mereka tidak mahu mendengar, kami biarkan mereka buat kesalahan tu (tapi untuk perkara-perkara yang besar kesalahannya kami tetap akan berkeras dan akan menyuruh mereka mencegah perkara tersebut). 

Kan orang kata, kesilapan adalah guru terbaik kita?.. Yang penting, jangan lah kita lalai dan leka. Dalam keghairahan menyambut perayaan kemerdekaan, fikir-fikirkan lah, merdeka kah kita hari ni dalam ertikata yang sebenarnya. Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Negara memerlukan kita untuk meneruskan kemerdekaannya. Janganlah dalam tidak sedar, kita dijajah semula... 

Salam satu kemerdekaan dari saya... :)





Thursday 1 September 2016

Welcome September!

Sekejap je da September.. maknanya lagi 3 bulan 2016 bakal melabuhkan tirai. 4 hari lagi anak perempuan ku akan menduduki UPSR. Rasa macam baru sangat lagi si Abang ambik UPSR. Tup tup... da Kakak pulak nak UPSR.

Mama masih belum merdeka lagi walaupun Malaysia da sambut ulangtahun kemerdekaannya semalam. Selagi kakak tak habis UPSR, selagi tu lah mama tak merdeka. Lepas UPSR, PSRA pulak. Tapi yang ni, mama yakin kakak boleh buat sebaiknya. Kenapa kita takut sangat dengan UPSR? Pernah dulu kawan ku kata, apa guna kita kejar A sedangkan A tak mencerminkan anak kita tu bagus dari segi adab dan nilai kehidupannya.

Dari satu sudut, memang betul apa yang dia cakap. Tapi dari sudut kehidupan sekarang ni, nak tak nak, suka tak suka, kite terpaksa kejar nak dapat sebanyak mana A yang kita mampu. Kenapa? Sebab, kita nak kan tempat dan peluang. Peluang untuk belajar di sekolah-sekolah berasrama penuh atau sekolah-sekolah terbaik yang ada dalam negara kita. Itupun kalau ada cita-cita nak menempatkan diri di kalangan manusia-manusia cemerlang di sana lah. Pada ku, tak bermakna sekolah-sekolah biasa tu tak bagus dan tak cemerlang. Ada jugak sekolah-sekolah biasa ni, pelajar-pelajarnya lebih berjaya dan cemerlang dari pelajar-pelajar di sekolah berasrama penuh. Apa pun tepuk dada tanya selera. Apa yang kita nak dalam hidup ni.

Apa yang perlu kita pasak kan dalam kepala kita ni, tak semestinya, orang yang ada A banyak tu, sahsiah dia tak bagus. Tak de nilai. Sekurang-kurangnya, mereka ini akan lebih senang untuk dibimbing dan dididik. Tapi tak bermakna jugak yang tak pandai tu sukar nak dididik dan dibimbing. Semuanya terletak pada hati dan, bagaimana kita as parent corakkan anak-anak kita. Kalau cantik lukisan yang kita buat, corak yang kita hasilkan, maka cantiklah hasilnya. Kalau kita lukis pun cincai, kaler pun cincai.. maka cincai la hasilnya. Zaman sekarang, tak sama macam zaman mak pak kita dulu. Anak-anak sekarang pun tak sama macam anak-anak zaman dulu.

Sebenarnya niat asal entry ni hanya nak wish WELCOME to September. Tapi disebabkan September = UPSR dan aku dalam situasi tengah menghitung hari, dengan keadaan anak ku yang entah da fully ready atau masih berusaha untuk mempersiapkan diri dengan mama pun semakin berdebar-debar risaukan dia, tetiba teringat plak kata-kata kawan ku tu... hehehe.

Whatever it is.... Hopefully September will be nice to me... Mudah-mudahan, aku dapat lalui bulan September ni dengan mudah. Last but not least, good luck to Kakak for your UPSR!