Friday 2 September 2016

Merdeka!.. Merdeka!.. Merdeka!..

2 hari lepas, 31 Ogos 2016 negara kita telah sekali lagi menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke 59 (1957 - 2016). Aku pulak sejak tahu tentang sambutan hari merdeka ni (rasenya masa umur 8 tahun baru aku tahu kenapa kita sambut merdeka), masuk tahun ni da 32 kali sambut merdeka.

Sambutan merdeka pada ku masa zaman sekolah rendah dulu adalah, cuti sekolah, duduk depan TV, tengok perbarisan dan cerita kanak-kanak yang sangat popular masa tu... Persidangan Dewan Rakyat versi kanak-kanak. Pastu tunggu la kot-kot ada cerita Darah Satria ke.. Sarjan Hassan ke.. Bukit Kepong ke... hehehe. Masa kat U dulu pulak, masa yang ku tunggu adalah malam Merdeka. Nanti boleh tengok perarakan motor dari student-student sambil bawak bendera Malaysia, diketuai oleh kereta dan motor-motor Pak Guard. Happeninggggg sangatttt..... terasa patriotik la jugak masa tu. And the best part is, esoknya cuti, x de kuliah... yahooo.... kalo weekend, boleh balik rumah.... wee......

As times flies.. Merdeka tetaplah Merdeka dan aku pun tetap mendoakan Malaysia akan terus Merdeka. But semalam, bila bukak Harian Metro, adalah beberapa berita yang agak menyentuh hati ku dan buat aku tertanya-tanya... Merdeka kah kita dalam erti kata sebenar? Di Johor Baharu, 'Parti Lalok' telah dianjurkan oleh golongan remaja yang berusia antara 14 hingga 24 tahun yang melibatkan 51 remaja lelaki dan 21 remaja perempuan.

Petikan akhbar tersebut juga ada menyatakan bahawa terdapat 9 individu yang mana 5 daripadanya adalah remaja perempuan yang kesemuanya berusia bawah 18 tahun dan masih lagi bersekolah. Turut dilaporkan daripada 35 remaja lelaki yang ditahan atas sebab positif pelbagai jenis dadah, 4 daripadanya adalah remaja di bawah umur. Tak ketinggalan, 10 remaja perempuan turut didapati positif pelbagai jenis dadah dan 4 orang daripadanya juga merupakan remaja di bawah umur.

Masih di Johor Baharu juga, selain daripada Pesta Lalok tersebut, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor turut menjalankan operasi 'Ops Ambang' pada malam merdeka di hotel-hotel bajet sekitar Masai dan Seri Alam. Hasil daripada operasi tersebut 7 pasangan telah berjaya dicekup atas kesalahan berkhalwat.

Di Port Dickson pula, 11 pasangan kekasih ditangkap berkhalwat di tepi pantai dan di hotel-hotel bajet oleh petugas-petugas Jabatan Agama Islam Port Dickson dan mereka ini di hantar ke masjid berhampiran untuk melakukan solat taubat. Satu tindakan yang ku kira bagus tapi perlu disusuli dengan program susulan untuk memastikan mereka yang terlibat benar-benar insaf dan menjauhi maksiat sepenuhnya.

Jadi tertanya-tanya aku sendiri, merdeka kah kita? Apa erti kemerdekaan bagi mereka sebenarnya? Tahu tak mereka yang perjalanan hidup meraka, jika panjang umur, adalah masih panjang dan jauh lagi? Tak sayang kah mereka pada kedua orang tua mereka?

Ku sendiri pada hari kemerdekaan telah pergi ke Melaka kerana nak ziarah anakku di Alor Gajah. Sepanjang perjalanan, berpuluh-puluh atau mungkin jugak ratusan biji motor sedang berkonvoi, entah nak ke mana. Dari Alor Gajah, kami ke Ayer Keroh. Bila berhenti di Stesen Petronas Ayer Keroh, jumpa lagi sekumpulan motor besaq kecik semua ada, dok relax kat petrol station.. melepaskan penat menunggang dan membonceng. Lelaki dan perempuan.. Merdeka sangat... mungkin itu cara bagaimana mereka menyambut ulangtahun kemerdekaan. And finally, malam tu dalam perjalanan pulang ke rumah, tak jauh dari Plaza Tol Seremban, kulihat, seorang penunggang motosikal, mangsa kemalangan, dah siap dibalut dengan kain putih ditepi jalan dengan payung diletakkan dibahagian kepala mayat tersebut... sedihnya.... ='(  I am very sure yang mangsa adalah berbangsa MELAYU.

Apa pun, aku berharap dan mohon pada Allah swt, mudah-mudahan anak-anak ku semua tidak mengikut cara seperti belia-belia hari ni menyambut merdeka, bila mereka dewasa kelak. Mudah-mudahan anak-anak ku membesar menjadi manusia yang tahu erti kemerdekaan sebenar dan yang paling penting meraka jauhi diri mereka dari perkara yang sia-sia dan tahu menghargai mama dan papa mereka yang susah payah menjaga dan mendidik mereka dari kecik hingga besar. 

Ya.. aku sentiasa ingatkan diri ku akan ayat ini "ANAK KITA BELUM TENTU BAIK" tapi aku akan didik mereka sebaiknya. Biasanya kami as a parent selalu tunjukkan realiti kehidupan pada anak-anak walau mereka masih kecil. Kami suka gunakan pendekatan kesan dan akibat dalam mendidik anak-anak agar mereka faham why they should do and why they should not do. Adakalanya jika mereka tidak mahu mendengar, kami biarkan mereka buat kesalahan tu (tapi untuk perkara-perkara yang besar kesalahannya kami tetap akan berkeras dan akan menyuruh mereka mencegah perkara tersebut). 

Kan orang kata, kesilapan adalah guru terbaik kita?.. Yang penting, jangan lah kita lalai dan leka. Dalam keghairahan menyambut perayaan kemerdekaan, fikir-fikirkan lah, merdeka kah kita hari ni dalam ertikata yang sebenarnya. Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Negara memerlukan kita untuk meneruskan kemerdekaannya. Janganlah dalam tidak sedar, kita dijajah semula... 

Salam satu kemerdekaan dari saya... :)





No comments:

Post a Comment